Kebebasan Bersuara Bukan Kebebasan Berbohong

31 Ogos 2020 | Aktiviti Terkini

30 Ogos 2020 – Pusat Ekonomi Digital Linggi di bawah MCMC sedang giat menjalankan kempen ‘Kebebasan Bersuara Bukan Kebebasan Berbohong’ bagi memerangi gejala berita palsu yang amat berleluasa sekarang ini. Jika tidak dibendung, gejala ini boleh menyebabkan keharmonian negara kita akan terjejas.

Terdapat segelintir pengguna menjadikan media sosial sebagai medium untuk menyebarkan berita palsu dan telah menyebabkan masyarakat keliru sehingga terpengaruh. Objektif kempen ialah mempromosikan nilai-nilai positif yang harus diamalkan oleh pengguna internet.

Antara yang ditekankan ialah :
1. Jaga etika dan bahasa ketika berkomunikasi di media sosial.
2. Berhati-hati apabila anda berkomunikasi di media sosial. Beri pandangan tanpa menyebarkan kebencian.
3. Fikir dahulu sebelum berbicara.
4. Gunakan Internet secara berhemah.
5. Berwaspada dan periksa kesahihan sesuatu maklumat sebelum mempercayainya dan membuat perkongsian.
6. Pengguna Internet yang bijak tidak akan membuat dan menyebarkan kandungan palsu atau tidak benar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali